2010 MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU ISNIN 17-MEI-2010

Majlis Sambutan Hari Guru 2010 telah diadakan pada hari Isnin 17-Mei-2010 bertempat di Dataran Ilmu dan Dewan Al-Farabi. Majlis diserikan dengan acara perarakan guru, majlis ucapan dan beberapa acara sukaneka dan persembahan pelajar, acara penyampaian hadiah, acara memotong kek serta jamuan. Diharap aktiviti-aktiviti ini dapat membantu meningkatkan hubungan antara guru dan pelajar seterusnya boleh meningkatkan tahap keyakinan para warga SMKDOJ khususnya para pelajar tentang kebolehan mereka yang tidak boleh dinafikan. Secara tidak langsung keputusan akademik juga boleh ditingkatkan.